Tak payah lagi kira aksara satu-satu, atau tunggu nasib masa Google review. JanaAds jana 3 set Responsive Search Ads penuh — 15 headline, 4 description, semua dalam had aksara — siap dengan senarai semakan polisi yang anda boleh lihat sendiri.
Percuma: 3 generasi sebulan. Tiada had masa.
Dibina oleh pengurus akaun Google Ads sebenar — Google Partner (Julai 2025), 10+ tahun urus kempen Search & Display untuk klinik, SME, dan agensi di Malaysia.
AI umum tulis ayat. JanaAds siapkan kempen — dalam format yang Google Ads sendiri pakai, dengan konteks tempatan: bahasa, sektor, polisi.
JanaAds bukan tool sekali guna. Setiap iklan yang anda jana, setiap klien yang anda simpan — semua terkumpul jadi aset.
Betul. Dan kami galakkan anda cuba dulu. Lepas tu, kira masa anda sendiri: tulis prompt yang betul, kira 30 aksara untuk setiap satu dari 45 headline, semak polisi healthcare secara manual, susun semula dalam format Ads Editor — setiap kempen, setiap kali. Itu 30–40 minit kerja teliti, kalau tak silap. JanaAds buat semuanya bawah seminit, dengan senarai semakan yang boleh anda tunjuk pada klien. Yang anda bayar bukan AI — AI memang murah. Yang anda bayar ialah masa anda, dan keyakinan sebelum klik Publish.
Sebab tiada siapa boleh jamin — keputusan akhir sentiasa milik Google semasa review. Sesiapa yang janji '100% lulus' sebenarnya tak faham bagaimana Google Ads berfungsi. Apa yang kami boleh buat — dan tunjukkan — ialah semakan terhadap peraturan polisi yang diketahui, sebelum anda publish. Risiko reject turun. Bukti semakan ada. Itu janji yang jujur.
Tiada kad kredit diperlukan. Daftar dalam satu minit.
Cuba JanaAds Percuma